PRETZELS
Bahan-bahan ( 12 keping )
- 1 paket yis
- 4 cawan tepung serbaguna
- 1 biji telur dicampur 1tbsp air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
- 1 1/2 tsp Garam
- 1 tbsp gula
- 2 tbsp mentega yang dicairkan.
- Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
- Garam laut (sea salt flakes) - untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
- 6 cawan air + 1/3 cawan soda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.
Cara-cara
- Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
- Setelah 5 minit...masukkan tepung serbaguna 1 demi 1 pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
- Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
- Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih..ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk n sapukan minyak sayuran ats doh spaya permukaannya licin..
- Tutup dgn plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang tidak sejuk/lembab. (Suhu bilik)
- Bahagi doh kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
- Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf 'U'. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya..ulangi langkah ni hingga semua doh siap.
- Di atas dapur : didihkan air yang dicampur soda bikarbonat.. setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30saat dan angkat dengan spatula.
- Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran.. susun atas tray.
Sapukan telur pada setiap doh n taburkan sea salt atau serbuk kayu manis..terpulanglah...garam biasa pon blh jg... Bakar pada suhu 180celcius selama 10 -15 minit..
- Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sblum dihidangkan...
No comments:
Post a Comment