Tuesday 29 October 2013

PRETZELS

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 1 paket yis
  • 4 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur dicampur 1tbsp air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
  • 1 1/2 tsp Garam
  • 1 tbsp gula
  • 2 tbsp mentega yang dicairkan.
  • Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
  • Garam laut (sea salt flakes) - untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
  • 6 cawan air + 1/3 cawan soda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.

Cara-cara

  1. Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
  2. Setelah 5 minit...masukkan tepung serbaguna 1 demi 1 pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
  3. Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
  4. Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih..ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk n sapukan minyak sayuran ats doh spaya permukaannya licin..
  5. Tutup dgn plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang tidak sejuk/lembab. (Suhu bilik)
  6. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
  7. Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf 'U'. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya..ulangi langkah ni hingga semua doh siap.
  8. Di atas dapur : didihkan air yang dicampur soda bikarbonat.. setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30saat dan angkat dengan spatula.
  9. Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran.. susun atas tray.
  10.                         
    Sapukan telur pada setiap doh n taburkan sea salt atau serbuk kayu manis..terpulanglah...garam biasa pon blh jg... Bakar pada suhu 180celcius selama 10 -15 minit..
  11. Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sblum dihidangkan...

Tuesday 22 October 2013

JENIS-JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA


 
1) TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
 
 

2) TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Digunakan dalam produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut
 

3) TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri. Digunakan dalam produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

4) TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.


5) TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama 'Carnation'.


6) TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.


7) TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour. Tekstur Tepung ini halus, seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raising flour. Tepung nie dikotegori dalam tepung low protien.


8) TEPUNG ROSE
Tepung rose sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun kita tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London.


9) TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.


10) TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.
 
 

 
11) TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

 

12) TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya.
- Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
- Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang.
- Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.


13) TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. You all's boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.


14) TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

 

15) TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.


16) TEPUNG NAIK SENDIRI/SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’.
Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)


17) TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi jangan terkeliru.


18) TEPUNG KEK 
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, you all's akan dapat hasil yg agak sama jika you all's mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.


19) TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.bila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. You all's boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.


20) TEPUNG DHAL (GRAM DHALL)
Tepung dhal (Gram Dhall) biasa digunakan dalam resipi masakan India. Biasanya di buat jemput-jemput India (vadai)  potong bawang lebih2 potong lada, daun ketumbar dan goreng..atau di buat pakora ayam  jenis cucur dari Pakistan

 

 


.

Monday 21 October 2013